SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMARIAH AGENCY

Friday, 12 August 2011

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL


Salam Buat Semua,Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama pelan Mesra,Prima, dan pelan-pelan simpanan yang lain.

1.TAKRIF DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.

PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. EnsefalitisInflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor OtakBenignaTumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.

13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala UtamaKecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar TerukLuka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh25. Pemindahan Organ UtamaMenjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus FulminanDiagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dand)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan JantungKematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; danb)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; danc)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru-Paru
KronikKegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); danb)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya

KAEDAH PEMBAYARAN

1. TUNAI
(Boleh bayar terus ke Cawangan Etiqa berhampiran atau kepada Agen)

2. ONLINE

3. KAD KREDIT


4. POTONGAN GAJI MELALUI ARAHAN TETAP BANK
(Standing Intruction)

5. POTONGAN GAJI MELALUI BIRO ANGKASA (Khas Untuk Kakitangan Kerajaan Sahaja)

Anda di dalam kategori??


Keperluan Anda: Sudah bersedia untuk meniti hari tua anda?


Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

Fikirkan ? Dan Cari Perbezaan

EMPAT SENARIO JIKA BERLAKU MUSIBAH 


APA ITU TAKAFUL?

Definisi Takaful
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.


Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.


1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.


2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.


3. Tabarru

'Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.


4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

"Amanah Allah"

Intisari Sural AL-BAQARAH : Ayat 180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat utk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"

Intisari Surah AL-BAQARAH : Ayat 240

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para suami supaya menyediakan perbelanjaan yang sehingga boleh bertahan selama setahun lamanya untuk isteri-isteri yang akan ditinggalkan kerana kematian"

Intisari Surah AN-NISSA' : Ayat 9

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para ibu bapa agar tidak berlaku zalim kepada anak-anak yang akan ditinggalkan kerana kematian ibu bapa mereka, iaitu hendaklah mereka meninggalkan harta yang sekadar dapat mereka meneruskan hidup mereka sehinggalah mereka mampu berusaha sendiri"

Sabda Rasulullah S.A.W ; 

 Tinggalkan anak-anak dan isteri dalam kesenangan (berharta)adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaanmeminta-minta -Hadith Riwayat Al-Bukhari
 
 

Kenapa Perlu Saya Ambil Takaful

  •  Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
  • Ambil takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang takaful.
  • Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
  • Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada takaful untuk meringankan beban saya kelak.
  • Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya meninggal dunia akibat musibah.
  • Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Pelan Jaminan Kewangan

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?

Etiqa takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah, antaranya:

1. Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal
2. Elaun harian hospital
3. Pampasan kemalangan diri (24 jam)
4. Pampasan 36 penyakit kritikal
5. Tabung pendidikan anak (Program anak angkat & biasiswa)
6. Simpanan untuk persaraan
7. Jaminan haji dan umrah
8. Tabung kecemasan
9. Pulangan Matang

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi;

1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
2. Pelepasan cukai pendapatan
3. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
4. Amal jariah
5. Muamalat Islam

"Langkah Bijak Anda Menabung Hari Ini Menjamin Masa Depan Anda Sekeluarga"

PRODUK-PRODUK TAKAFUL PERIBADI

KESIHATAN
Anda tidak akan dapat menjangkakan bila anda akan menghadapi masalah kesihatan. Maka amat bijak jika anda bersedia untuk menghadapi situasi-situasi yang boleh menyebabkan masalah kewangan kepada anda.
    • Medic Save Rider

SIMPANAN
Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya?
    •  Mesra
    • Warisan

RUMAH KEDIAMAN
Kediaman anda adalah syurga anda. Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk melindunginya. Begitu pun, jika malang menimpa, adakah anda mempunyai perlindungan yang diperlukan?
    • Empunya Rumah/Isi Rumah

PERLINDUNGAN
Amat wajar untuk anda memiliki perancangan awal yang teliti bagi melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan.
  •  Prima
    •  Ehsan
    •        Sakinah
    •        Kemalangan Diri
    •        Femina Special

KERETA
Apabila anda mempunyai kereta, anda perlu memastikan kereta anda itu diinsuranskan daripada kehilangan atau kerosakan.
    • Takaful Kereta Persendirian


PENDIDIKAN
Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak kita adalah komodoti terbaik untuk masa depan yang cerah.
    • Sarjana

Senarai Hospital Panel Etiqa Takaful

Johor

Medical Specialist Hospital 
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor 
Tel : 07-224 3888 07-223 6785 

Pusat Pakar Kluang Utama 
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor 
Tel : 07-771 8999 07-772 8999 

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) 
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat) 
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor 
Tel : 07-413 3333 07-413 3346 

Johor Specialist Hospital 
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor 
Tel : 07-2253000 07-2248213

Puteri Specialist Center 33
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor 
Tel : 07-2233377 07-2238833

Hospital Pantai Batu Pahat 
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor 
Tel : 07-433 8811 07-433 1


Melaka 
Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd 
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka) 
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka 
Tel : 06-283 5888 06-281 0518

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1, 
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka 
Tel : 06-231 9999 06-231 3299 

Mahkota Medical Centre 3, 
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka 
Tel : 06-281 3333


Negeri Sembilan 
Columbia Asia Medical Centre,  
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre, 
70300 Seremban, Negeri Sembilan 
Tel : 06-601 1988 06-601 1848 

N.S Chinese Maternity Medical Centre 
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan. 
Tel : 06-762 2104 06-763 0407 

Nilai Cancer Institute PT 13747, 
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999 06-850 0733 

Seremban Specialist Hospital 
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square, 
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900


Kuala Lumpur / Selangor 
Pantai Cheras Medical Centre 
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-9132 2022 03-9132 0732 

Sentosa Medical Centre 
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur 
Tel : 03-4043 7166 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre 
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-4289 2828 03-4289 2829 

Tung Shin Hospital 
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-2072 1655 03- 2070 0345 

Hospital Pusrawi Sdn Bhd 
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur 
Tel : 03-2687 5000 03- 2687 5016

Assunta Hospital 
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902 03-7781 4933 

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur 
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711 

Subang Jaya Medical Centre 
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor 
Tel : 03-56341212 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre 
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor 
Tel :03-3373 3636 03-3376 3888 

KPJ Kajang Specialist Hospital 
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor 
Tel : 03-8769 2999 03-8769 2808 

Sunway Medical Center 
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 
46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali, 
68000, Ampang, Selangor 
Tel : 03-4270 2500 03-4270 2443 

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang, 
53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599 
Tel : 03-4022 8063 

Damansara Specialist Hospital 
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor 
Tel : 03-7722 2692 03-4270 2443 

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai, 
59100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-2296 0888 03-22960832


Kelantan
Universiti Sains Malaysia USM, 
Kampus Kesihatan, 
16150 Kubang Kerian, 
Kota Bharu, Kelantan 
Tel : 09-766 3137
 

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam. 
15200 Kota Bharu, Kelantan 
Tel : 09-745 8000 09-747 2877
 

Kota Bharu Medical Centre 
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 
15150 Kota Bharu, Kelantan 
Tel : 09-743 3399 09-747 8271 
 
Terengganu 
Kuala Terengganu Specialist Hospital 
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400 
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09 Fax : 09-626 5211
 

Pahang 
Kuantan Medical Centre 1, 
Jalan Tun Ismail 9, 
25000 Kuantan , Pahang 
Tel : 09-514 2828 Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital 
51 Jalan Alor Akar, 
25250 Kuantan, Pahang Tel : 09-567 8588 09-567 8098
 

Sabah
Sabah Medical Centre 
Lorong Bersatu, 
Off Jalan Damai Luyang, 
88300 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel 088-222922 Fax : 088-243540
 

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre, 
Off Jalan Lintas, Kepayan, 
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah 
Tel : 088-272630 Fax : 088-272640
 

Damai Specialist Centre 
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1, 
Off Jalan Damai, 
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540
 

Sarawak 
Normah Specialist Medical Centre 
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman, 
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak 
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600 

Rejang Medical Centre 
29, Jalan Pedada, 
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342 
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive, 
96000 Sibu, Sarawak 
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre 
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD, 
Taman Timberland, Rock Road, 
93250 Kuching, Sarawak 
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273 

Columbia Medical Centre, Miri 
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit, 
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak. 
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677 

Kuching Specialist Hospital 
Lot 10420 Block 11, 
Tabuan Stutong Commercial Center, 
Jalan Setia Raja, 
93350 Kuching, Sarawak. 
082-365777 082-364666
 
Perak 
Pantai Putri, Ipoh 
126, Jalan Tambun, 
31400 Ipoh, Perak 
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168 

Apollo Medical Centre 
271, Jalan Taming Sari, 
34000 Taiping, Perak 
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000 

Fatimah Hospital 
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens, 
31400 Ipoh, Perak 
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237 

Ipoh Specialist Hospital 
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak 
Tel : 05-241 8777 05-254 1888
 

Penang
 
Bagan Specialist Centre 
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth 
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806 

Pantai Mutiara Hospital 
82, Jalan Tengah, Bayan Baru, 
11900 Bayan Lepas, Penang. 
Tel : 04-643 3888

Gleneagles Medical Centre 
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang 
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994 

Penang Adventist Hospital 
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang 
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512 

Lam Wah Ee Hospital 
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim, 
16000 Pulau Pinang 
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940 

Tanjung Medical Centre 
473, Jalan Burmah, 
10350 Pulau Pinang 
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital (Sg Ara ) 
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara, 
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557 FAx : 04-646 1559 

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3, 
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557 Fax : 04-829 7982 

Loh Guan Lye Specialist Centre 
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang 
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983 

Island Hospital 308 Macalister Road, 
10450 Penang, Malaysia 
Tel : 04-228 8222 Fax : 04- 226 7989
 

Kedah 
Metro Specialist Hospital 
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah 
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888 

Putra Medical Centre 
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra, 
05100 Alor Star, Kedah 
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882 

Kedah Medical Center Pumpong, 
05250 Alor Setar, Kedah 
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869 

Strand Hospital 
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 
08000 Sungai Petani, Kedah 
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889

ETIQA MEDICAL CARD



KENAPA HARUS MEMILIH TAKAFUL ETIQA MEDICAL CARD?

1. Hanya dengan menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital

2. Ciri-ciri unik Takaful Medic-Save Rider

a) Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)b) Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak (Guardian Benefit for Insured Child)
c) Pendapat Kedua tentang Pembedahan (Second Surgical Opinion)
d) Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan (Emergency Accidental Dental Treatment)
e) Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit (Emergency Sickness Treatment)f) Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization

3. Jaminan memperbaharui sehingga ke umur 75 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup
4. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful

5. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

6. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah

7. Kemudahan untuk kemasukan panel hospital
8. Mempunyai pilihan untuk ke panel hospital dan jenis bilik

9. Bayaran hanya sebahagian kecil daripada perbelanjaan keseluruhan

10. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

11. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah


PERATURAN

Takaful Medic-Save Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:
 
i. Etiqa Mesra
ii. Etiqa Prima
ii. Etiqa Warisan
iii. Etiqa Ehsan
Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan

Penyakit-penyakit Khusus yang dinyatakan bermaksud penyakit-penyakit dan komplikasi-komplikasi berikut, berlaku dalam masa 120 hari kepada Peserta:

a) Hypertension, diabetes mellitus dan Penyakit Kardiovaskular
b) Semua tumor, kanser, cyst, nodules, polyps, stones of the urinary system dan sistem billiary
c) Semua penyakit berkaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d) Hernias, hemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele
e) Penyakit Endometriosis termasuk sistem peranakan
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut

Sumbangan dari Takaful Medic-Save Rider mestilah kurang atau minimum 50% dari jumlah keseluruhan Sumbangan
Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima : 30 hari
Maksima : 59 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 75 years old

Cara Pembayaran
Semua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas

Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider.
Tempoh perlindungan mestilah sama dengan Sijil Asas atau minima 5 tahun dari tarikh mula, dan maksima 75 tahun, yang mana terdahulu.

PEMBATALAN
Rider ini akan terbatal secara automatik sekiranya:
a) Sumbangan tidak dijelaskan
b) Polisi paid-up, matang, luput, tidak dibayar atau dibatalkan
c) Peserta meninggal atau hilang upaya kekal
d) Permohonan bertulis daripada peserta untuk membatalkan rider
e) Jika tuntutan melebihi had seumur hidup
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut

ETIQA TAKAFUL - Pelan Perlindungan Terbaik Untuk Anda



Kami juga ingin memberikan tips-tips terbaik memilih polisi insurans untuk anda iaitu :

1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans

Serendah Rm80 sebulan pun anda mampu memiliki polisi insurans termasuk simpanan tetap anda.

2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki

Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya , anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang?

3. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki

Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 tahun pertama, pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak atau perlindungan anda ketika anda bersara awal atau bersara wajib dan paling penting perlindungan rawatan hospital anda

4. Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi

Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda?


Kami di Etiqa Takaful kami komited membantu dengan:


1. Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok

2. Pengeluaran simpanan anda boleh dilakukan tanpa menjejaskan amaun polisi perlindungan

3. Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Diketuai oleh Dato’ Seri Hj Harussani Bin Zakaria)
4. Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan

5. Khairat kematian

6. Pampasan kemalangan

7. Manfaat Elaun harian hospital dan Cuti Sakit (MC) anda kami akan bayar

8. Manfaat hilang upaya kekal atau cacat pun kami akan bayar

9. Manfaat penyakit kritikal (36 jenis) termasuk semua jenis kanser